Sistem Aplikasi Online SKM

Sistem Aplikasi Online SKM atau secara ringkasnya SKM OnLine memudahkan pelanggan-pelanggan SKM untuk berhubung atau membuat permohonan kepada SKM.

Pada masa ini, pelanggan boleh membuat permohonan penubuhan koperasi secara atas talian terus dan menghantarnya secara terus kepada SKM. Status permohonan juga dapat diketahui melalui sistem dengan lebih mudah dan cepat.

SKM sasar wujudkan koperasi di 6,600 masjid seluruh negara


Penubuhan Koperasi

Modul ini akan digunakan untuk merekodkan permohonan untuk menubuhkan koperasi oleh kumpulan individu yang berhasrat untuk menubuhkan koperasi. .


 

Aduan Koperasi

Modul aduan koperasi akan merekodkan aduan yang dibuat oleh ahli koperasi.



 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) telah diwujudkan dalam bulan Julai 1922 untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment [FMS Cap. 97 of 1992]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan itu.